Deposit dana kedalam akaun NAGA

Bagaimana untuk deposit dana?
Anda boleh mendanakan akaun anda dengan kesemua kad kredit utama, matawangkripto, atau kaedah pembayaran lain. Untuk membuat deposit sila ikuti langkah mudah ini:

  1. Log masuk ke akaun anda dan pastikan anda telah menaiktarafnya
  2. Klik "Danakan Akaun" dan pilih kaedah pembayaran
  3. Masukkan jumlah pelaburan anda
  4. Sahkan deposit anda
Adakah mendanakan akaun anda selamat?
Ya, mendeposit wang ke akaun anda adalah sangat selamat, sulit dan terjamin. Kesemua transaksi adalah menggunakan teknologi Secure Socket Layer (SSL), memastikan yang maklumat peribadi anda disimpan rapi.
Maklumat kaedah pembayaran
Kami menerima pelbagai jenis kaedah pembayaran termasuk kad kredit, pindahan wayar, matawangkripto dan kaedah pembayaran lain.
Untuk melihat senarai penuh kaedah pembayaran tersedia, waktu pemprosesan dan yuran berkaitan dengannya, sila rujuk link ini: Deposit dan Pengeluaran.
Adakah sebarang minimum untuk deposit kali-pertama?
Tiada, tiada jumlah minimum diperlukan untuk deposit kali-pertama.

Selalunya, pedagang baru deposit dalam €200 ke €500 untuk mencuba platform dahulu sebelum mendanakan seterusnya.

Ambil maklum: Untuk deposit dana ke akaun anda anda harus naiktaraf akaun anda ke Live.
Matawang mana yang disokong?
Anda boleh membuka akaun NAGA dalam salah satu daripada 4 matawang fiat atau 4 matawangkripto:

  • USD — United States Dollar
  • EUR — Euro
  • GBP — Pound sterling
  • PLN — Polish złoty
  • NGC — NAGA Coin
  • BTC — Bitcoin
  • ETH — Ethereum/li>
  • BNB — Binance Coin

Anda boleh membuat deposit dalam matawang akaun anda atau dalam mana-mana matawang yang disokong dengan kaedah pembayaran yang anda gunakan. Kadar pertukaran (jika ada) akan dikira pada hari deposit diproses ke dalam akaun anda.
Bagaimana untuk deposit dengan kad kredit/debit?
Untuk deposit menggunakan kad kredit/debit, sila pilih "Kad Kredit/Debit" dalam menu deposit, dan masukkan maklumat berikut:

  • Nombor Kad
  • Tarikh Luput
  • CVV2/CVC2 (3 digit dibahagian belakang kad kredit/debit anda)
Dalam beberapa minit, akaun anda akan dikredit dengan dana tersebut. Jika permintaan anda tidak diluluskan untuk sebarang sebab, anda akan diberitahu melalui email.
Bagaimana untuk deposit melalui pindahan wayar?
Untuk deposit menggunakan pindahan wayar, sila pilih "Pindahan Wayar" dalam menu deposit, dan salin butiran bank pindahan tersebut.
Ambil maklum: Deposit pindahan wayar mengambil masa sehingga 4-7 hari bekerja. Akaun dagangan NAGA anda akan dikreditkan sebaik sahaja pindahan tersebut disahkan oleh bank kami. Kadar tukaran (jika ada) akan dikira pada hari deposit diproses kedalam akaun anda.
Bagaimana untuk deposit menggunakan Neteller?
Untuk deposit menggunakan Neteller, sila pilih "Neteller" daripada kaedah pembayaran lain dalam menu deposit, dan ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke dalam akaun Neteller anda.
  2. Semak butiran transaksi.
  3. Sahkan pembayaran tersebut.

Dalam beberapa minit akaun dagangan anda seharusnya dikredit. Jika permintaan anda tidak diluluskan untuk sebarang sebab, anda akan diberitahu melalui email.
Bagaimana untuk deposit menggunakan Skrill?
Untuk deposit menggunakan Skrill, sila pilih "Skrill" daripada kaedah pembayaran lain dalam menu deposit, dan ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke dalam akaun Skrill anda.
  2. Semak butiran transaksi.
  3. Sahkan pembayaran tersebut.

Dalam beberapa minit akaun dagangan anda seharusnya dikredit. Jika permintaan anda tidak diluluskan untuk sebarang sebab, anda akan diberitahu melalui email.
Bagaimana untuk deposit menggunakan Giropay?
Untuk deposit menggunakan Giropay, sila pilih "Giropay" daripada kaedah pembayaran lain dalam menu deposit, dan ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke dalam akaun Giropay anda.
  2. Semak butiran transaksi.
  3. Sahkan pembayaran tersebut.

Dalam beberapa minit akaun dagangan anda seharusnya dikredit. Jika permintaan anda tidak diluluskan untuk sebarang sebab, anda akan diberitahu melalui email.
Berapa kali saya boleh deposit dana ke NAGA?
Tiada had untuk deposit ke akaun NAGA anda. Anda boleh tambah nilai akaun anda sebanyak mana yang anda mahu.
Bolehkah saya deposit dana menggunakan kad kredit atau nama orang lain?
Tidak boleh, NAGA TIDAK MENERIMA sebarang deposit daripada pihak ketiga. Pembayaran hanya boleh dibuat daripada akaun yang mempunyai nama sama dengan akaun dagangan pelanggan oleh sebab peraturan semasa.
Laman web ini menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik dilaman web kami. Belajar lebih
Dapat!
Buat akaun percuma
Daftar